Tuesday 19 July 2016

GEDUNG ILMU 6 (TUGAS KITA DI DUNIA)

TUGAS KITA DI DUNIA

Tujuan ALLAH S.W.T mencipta dan menjadikan manusia, bukannya untuk bersuka ria di dalam dunia ini.

Bukan untuk mencipta nama ,
Bukan untuk bermegah-megah,
Bukan untuk mencari pengaruh,
Bukan untuk bersenang-lenang.

Bukan untuk bertanding siapa lebih kuat,
Bukan untuk bertanding siapa lebih pandai,
Bukan mencari dan melonggok2 harta kekayaan,
Bukan mencari sebarang kemasyuran atau kebanggan.

Kita dilahirkan ke dunia ini ada tugasan yang perlu kita lakukan.
Yang mana tugasan ini akan diperiksa semula apabila kita dipanggil mengadap ALLAH S.W.T nanti, ALLAH mencipta manusia hanya kerana untuk mematuhi suruhan ALLAH.. Menjadi hamba dan mengabdikan diri pada penciptanya.

Dunia ini adalah pentas ujian, sejauh mana kita membawa diri untuk mentaati suruhan tuhan.
Dunia ini umpama ladang bercucuk tanam, di akhirat nanti merupakan tempat untuk menuai hasilnya.

Kita pasti akan dapat hasil atas apa yang kita usahakan, buat baik pasti hasilnya baik, buat buruk sudah pasti hasilnya juga buruk.

Marilah bersama-sama, kita pergunakan masa yang kita ada untuk memastikan kita menuai hasil yang baik di akhirat kelak, Selagi kita bernyawa di dunia ini , selagi itulah kita masih mempunyai peluang untuk memperbetulkan apa sahaja bentuk kesilapan yang pernah kita lakukan.

ALLAH S.W.T akan mengampunkan mereka-mereka yang mahu memohon ampun dan mahu bertaubat.
Pintu taubat masih lagi terbuka luas untuk kita, selagi mana kita masih boleh bernafas  di dunia ini..

Semoga bermanfaat... : )

#fm

GEDUNG ILMU 5 ( TEMAN VS SAHABAT )



TEMAN VS SAHABAT

Mencari sahabat yang baik dan berakhlak adalah satu kewajipan bagi kita untuk memelihara hati. Ia bukan sesuatu yang boleh dijumpai di mana-mana.

Kerana kawan yang baik hanya boleh dijumpai di tempat yang terbaik. Janganlah bermimpi mendapat sahabat yang baik di "tempat yang banyak bangkai".

Bagi teman yang lain, mereka bukan sahabat.Mereka hanya teman untuk berbicara , tetapi bukan sahabat yang boleh dikongsikan masalah,diminta nasihat dan bergembira bila kita meraih anugerah. 

Sahabat kita juga melambangkan siapa kita.

-Dr.Zubaidi Hj. Ahmad-

Semoga bermanfaat..: )

#fm

Monday 18 July 2016

GEDUNG ILMU 4 (UJIAN)

UJIAN 
-RENUNGKAN

Selagi bernyawa , ujian itu akan terus mengelilingi tanpa henti..
Sungguh,hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada namanya ujian, 
Kerana ujian itu perlu,
Kerana ujian itu pasti, 
Kerana manusia itu perlukan ujian.

Biarpun diri tidak  mampu, biarpun hati tidak mahu,
tetapi ALLAH  MAHA TAHU kita perlu diuji.

Untuk setiap kata yang dilafazkan Apakah ia benar seperti yang dikata-katakan ??

Untuk setiap perbuatan yang diamalkan Apakah ia sudah mencapai darjah keikhlasan ?

SEMUANYA PERLU DIUJI.. 

Semoga bermanfaat..: )

#fm


GEDUNG ILMU 3 (IKHLAS)


IKHLAS 
Belajar ikhlas dari GULA PASIR.

-- Gula pasir memberi rasa manis pada kopi, tetapi orang menyebutnya kopi manis, bukan kopi gula.

-- Gula pasir memberi rasa manis pada teh , tetapi orang menyebutnya teh mani, bukan teh gula.

-- Gula pasir memberi rasa manis pada jeruk, tapi orang menyebutnya jeruk manis, bukan jeruk gula.

-- Gula memberi rasa manis pada roti , tapi orang menyebutnya roti manis, bukan roti gula.

-- Orang menyebut syrup pandan, syrup apple, syrup jambu padahal bahan dasarnya adalah gula.

Tetapi gula tetap ikhlas larut dalam memberi rasa manis... Akan tetapi apabila berhubungan dengan penyakit, barulah orang menyebut penyakit ini dari GULA !!

Begitulah hidup.. kadang-kadang KEBAIKAN yang kita TANAM tak pernah disebut, Tetapi kesalahan yang tetap dibesar-besarkan.

IKHLAS lah seperti GULA , LARUTlah seperti GULA... tetap SEMANGAT memberi KEBAIKAN , tetap teguh memberi KEBAIKAN.. kerana KEBAIKAN bukan untuk DISEBUT, tapi untuk DIRASAKAN...

Semoga bermanfaat yee...  : )

#fm

Saturday 16 July 2016

GEDUNG ILMU 2

JODOH , AJAL MAUT... SEMUA DI TANGAN ALLAH S.W.T.

Bila cerita pasal jodoh semua suka, senang , gembira kan...?

Bila cerita pasal ajal maut , kenapa semua diam ?

Apa yang sedang bermain di fikiran sebenarnya..?

Sedangkan kenyataannya, jodoh serta ajal maut itu adalah ketentuan-Nya. Kita tidak boleh tentukan semua itu...
Kita semua takut, saya sendiri pun takut, takut sebab diri sendiri tidak yakin, di mana tempat kita selepas ajal maut menjemput...

Sebab tu kita kena buat banyak amal baik serta ibadah dengan niat kerana ALLAH semata-mata, Banyakkan istighfar, zikir, serta selawat di masa kita berdiam. Kita wajib ingat-mengingatkan sesama umat.. Insya allah..

Semoga Bermanfaat..

#fm

Friday 15 July 2016

GEDUNG ILMU

BERSANGKA BURUK

-- Jangan kamu memandang kepada mana-mana pendosa , ahli maksiat , dan kepada mereka yang tidak menutup aurat itu dengan pandangan jijik dan hina. Jangan kamu memandang bahkan seekor anjing kurap sekali pun, dengan pandangan sebegitu.

-- Jangan kamu merasakan diri kamu itu lebih mulia daripada mereka. Jangan kamu menyangka kamu sudah melakukan ketaatan , kamu sudah dijamin syurga. Kerana kamu tidak tahu sama ada penghujung kamu itu khusnul khatimah atau su'ul khatimah

-- Tarbiahlah mereka dengan akhlak dan kasih sayang . Tarbiahlah mereka dengan kelembutan. Kerana untuk berubah itu, seseorang perlukan masa, perlukan peringkat demi peringkat . Setiap orang berhak diberi masa dan peluang wlaupun perubahan itu mengambil masa yang panjang

-- Bagaimana kamu boleh bersangka buruk kepada mereka?? Sedangkan kita dituntut untuk bersangka baik dengan setiap makhluk ALLAH S.W.T. Kamu juga mempunyai aib, masing-masing mempunyai keaiban diri masing-masing.Masing-masing ada zaman kegelapan "darkside" masing-masing yang orang lain tidak tahu.
    Akan tetapi ALLAH S.W.T masih tutup lagi keaiban itu, kegelapan itu daripada mata dan pengetahuan orang lain . Bagaimana kamu boleh bersangka buruk kepada orang lain ? Mereka juga bukan nabi, bukan rasul , bukan malaikat.

*Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari*

Semoga bermanfaat... : )

#fm

TEKANAN

ALLAH...stressnye dua tiga hari nie.. macam-macam nak pikir.. mmg banyak sangat dugaan bulan nie.. Keluarga, hubungan, kerja.. hurmm.. mmg btol, Allah masih sygkan kita sebb tu dapat ujian macam nie... semoga aku dapat hadapi nie semua dengan tenang.. Mungkin Allah rindu nak dengar hambanya meminta dan merintih padanya kan.. Istiqamah nie mmg susah.. memamg seksa sgt.. bnyk ujian, banyak halangan.. mmg kena sabar sangat-sangat kan... rase macam nak luahkan semua nya tapi takut mengaibkan.... be strong fatin.. Allah takkan menguji kalau hambanya x mampu kan... Memang dalam keadaan mcm nie Quran je boleh tenangkan hati.. Terimbas dosa-dosa lampau.. Semoga aku diberikan kekuatan dan ketabahan untuk harungi semua nie... Semoga aku dapat istiqamah selamanya.. Bukan senang nak berdiri kalau xde org yg menyokong.. tpi nak buat mcm mne demi diri sendiri kan.. hehe.. semoga aku boleh tetap tersenyum dlm dugaan nie... Masalah kan boleh jadikan kita lebih kuat di masa akan datang.. Bestnye kalau pa n syirah ade kat sisi masa2 cmnie.. Dpt la bahu nak menanngis.. Pa, atyn perlukan kekuatan mcm pa.. waaaaaaaa,,, sedihhhh...
atyn rindu pa , atyn rindu mak..

Semoga aku diberikan kekuatan dan kesabaran...

#fm