Tuesday 19 July 2016

GEDUNG ILMU 6 (TUGAS KITA DI DUNIA)

TUGAS KITA DI DUNIA

Tujuan ALLAH S.W.T mencipta dan menjadikan manusia, bukannya untuk bersuka ria di dalam dunia ini.

Bukan untuk mencipta nama ,
Bukan untuk bermegah-megah,
Bukan untuk mencari pengaruh,
Bukan untuk bersenang-lenang.

Bukan untuk bertanding siapa lebih kuat,
Bukan untuk bertanding siapa lebih pandai,
Bukan mencari dan melonggok2 harta kekayaan,
Bukan mencari sebarang kemasyuran atau kebanggan.

Kita dilahirkan ke dunia ini ada tugasan yang perlu kita lakukan.
Yang mana tugasan ini akan diperiksa semula apabila kita dipanggil mengadap ALLAH S.W.T nanti, ALLAH mencipta manusia hanya kerana untuk mematuhi suruhan ALLAH.. Menjadi hamba dan mengabdikan diri pada penciptanya.

Dunia ini adalah pentas ujian, sejauh mana kita membawa diri untuk mentaati suruhan tuhan.
Dunia ini umpama ladang bercucuk tanam, di akhirat nanti merupakan tempat untuk menuai hasilnya.

Kita pasti akan dapat hasil atas apa yang kita usahakan, buat baik pasti hasilnya baik, buat buruk sudah pasti hasilnya juga buruk.

Marilah bersama-sama, kita pergunakan masa yang kita ada untuk memastikan kita menuai hasil yang baik di akhirat kelak, Selagi kita bernyawa di dunia ini , selagi itulah kita masih mempunyai peluang untuk memperbetulkan apa sahaja bentuk kesilapan yang pernah kita lakukan.

ALLAH S.W.T akan mengampunkan mereka-mereka yang mahu memohon ampun dan mahu bertaubat.
Pintu taubat masih lagi terbuka luas untuk kita, selagi mana kita masih boleh bernafas  di dunia ini..

Semoga bermanfaat... : )

#fm

No comments:

Post a Comment