Tuesday 19 July 2016

GEDUNG ILMU 6 (TUGAS KITA DI DUNIA)

TUGAS KITA DI DUNIA

Tujuan ALLAH S.W.T mencipta dan menjadikan manusia, bukannya untuk bersuka ria di dalam dunia ini.

Bukan untuk mencipta nama ,
Bukan untuk bermegah-megah,
Bukan untuk mencari pengaruh,
Bukan untuk bersenang-lenang.

Bukan untuk bertanding siapa lebih kuat,
Bukan untuk bertanding siapa lebih pandai,
Bukan mencari dan melonggok2 harta kekayaan,
Bukan mencari sebarang kemasyuran atau kebanggan.

Kita dilahirkan ke dunia ini ada tugasan yang perlu kita lakukan.
Yang mana tugasan ini akan diperiksa semula apabila kita dipanggil mengadap ALLAH S.W.T nanti, ALLAH mencipta manusia hanya kerana untuk mematuhi suruhan ALLAH.. Menjadi hamba dan mengabdikan diri pada penciptanya.

Dunia ini adalah pentas ujian, sejauh mana kita membawa diri untuk mentaati suruhan tuhan.
Dunia ini umpama ladang bercucuk tanam, di akhirat nanti merupakan tempat untuk menuai hasilnya.

Kita pasti akan dapat hasil atas apa yang kita usahakan, buat baik pasti hasilnya baik, buat buruk sudah pasti hasilnya juga buruk.

Marilah bersama-sama, kita pergunakan masa yang kita ada untuk memastikan kita menuai hasil yang baik di akhirat kelak, Selagi kita bernyawa di dunia ini , selagi itulah kita masih mempunyai peluang untuk memperbetulkan apa sahaja bentuk kesilapan yang pernah kita lakukan.

ALLAH S.W.T akan mengampunkan mereka-mereka yang mahu memohon ampun dan mahu bertaubat.
Pintu taubat masih lagi terbuka luas untuk kita, selagi mana kita masih boleh bernafas  di dunia ini..

Semoga bermanfaat... : )

#fm

GEDUNG ILMU 5 ( TEMAN VS SAHABAT )



TEMAN VS SAHABAT

Mencari sahabat yang baik dan berakhlak adalah satu kewajipan bagi kita untuk memelihara hati. Ia bukan sesuatu yang boleh dijumpai di mana-mana.

Kerana kawan yang baik hanya boleh dijumpai di tempat yang terbaik. Janganlah bermimpi mendapat sahabat yang baik di "tempat yang banyak bangkai".

Bagi teman yang lain, mereka bukan sahabat.Mereka hanya teman untuk berbicara , tetapi bukan sahabat yang boleh dikongsikan masalah,diminta nasihat dan bergembira bila kita meraih anugerah. 

Sahabat kita juga melambangkan siapa kita.

-Dr.Zubaidi Hj. Ahmad-

Semoga bermanfaat..: )

#fm

Monday 18 July 2016

GEDUNG ILMU 4 (UJIAN)

UJIAN 
-RENUNGKAN

Selagi bernyawa , ujian itu akan terus mengelilingi tanpa henti..
Sungguh,hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada namanya ujian, 
Kerana ujian itu perlu,
Kerana ujian itu pasti, 
Kerana manusia itu perlukan ujian.

Biarpun diri tidak  mampu, biarpun hati tidak mahu,
tetapi ALLAH  MAHA TAHU kita perlu diuji.

Untuk setiap kata yang dilafazkan Apakah ia benar seperti yang dikata-katakan ??

Untuk setiap perbuatan yang diamalkan Apakah ia sudah mencapai darjah keikhlasan ?

SEMUANYA PERLU DIUJI.. 

Semoga bermanfaat..: )

#fm


GEDUNG ILMU 3 (IKHLAS)


IKHLAS 
Belajar ikhlas dari GULA PASIR.

-- Gula pasir memberi rasa manis pada kopi, tetapi orang menyebutnya kopi manis, bukan kopi gula.

-- Gula pasir memberi rasa manis pada teh , tetapi orang menyebutnya teh mani, bukan teh gula.

-- Gula pasir memberi rasa manis pada jeruk, tapi orang menyebutnya jeruk manis, bukan jeruk gula.

-- Gula memberi rasa manis pada roti , tapi orang menyebutnya roti manis, bukan roti gula.

-- Orang menyebut syrup pandan, syrup apple, syrup jambu padahal bahan dasarnya adalah gula.

Tetapi gula tetap ikhlas larut dalam memberi rasa manis... Akan tetapi apabila berhubungan dengan penyakit, barulah orang menyebut penyakit ini dari GULA !!

Begitulah hidup.. kadang-kadang KEBAIKAN yang kita TANAM tak pernah disebut, Tetapi kesalahan yang tetap dibesar-besarkan.

IKHLAS lah seperti GULA , LARUTlah seperti GULA... tetap SEMANGAT memberi KEBAIKAN , tetap teguh memberi KEBAIKAN.. kerana KEBAIKAN bukan untuk DISEBUT, tapi untuk DIRASAKAN...

Semoga bermanfaat yee...  : )

#fm

Saturday 16 July 2016

GEDUNG ILMU 2

JODOH , AJAL MAUT... SEMUA DI TANGAN ALLAH S.W.T.

Bila cerita pasal jodoh semua suka, senang , gembira kan...?

Bila cerita pasal ajal maut , kenapa semua diam ?

Apa yang sedang bermain di fikiran sebenarnya..?

Sedangkan kenyataannya, jodoh serta ajal maut itu adalah ketentuan-Nya. Kita tidak boleh tentukan semua itu...
Kita semua takut, saya sendiri pun takut, takut sebab diri sendiri tidak yakin, di mana tempat kita selepas ajal maut menjemput...

Sebab tu kita kena buat banyak amal baik serta ibadah dengan niat kerana ALLAH semata-mata, Banyakkan istighfar, zikir, serta selawat di masa kita berdiam. Kita wajib ingat-mengingatkan sesama umat.. Insya allah..

Semoga Bermanfaat..

#fm

Friday 15 July 2016

GEDUNG ILMU

BERSANGKA BURUK

-- Jangan kamu memandang kepada mana-mana pendosa , ahli maksiat , dan kepada mereka yang tidak menutup aurat itu dengan pandangan jijik dan hina. Jangan kamu memandang bahkan seekor anjing kurap sekali pun, dengan pandangan sebegitu.

-- Jangan kamu merasakan diri kamu itu lebih mulia daripada mereka. Jangan kamu menyangka kamu sudah melakukan ketaatan , kamu sudah dijamin syurga. Kerana kamu tidak tahu sama ada penghujung kamu itu khusnul khatimah atau su'ul khatimah

-- Tarbiahlah mereka dengan akhlak dan kasih sayang . Tarbiahlah mereka dengan kelembutan. Kerana untuk berubah itu, seseorang perlukan masa, perlukan peringkat demi peringkat . Setiap orang berhak diberi masa dan peluang wlaupun perubahan itu mengambil masa yang panjang

-- Bagaimana kamu boleh bersangka buruk kepada mereka?? Sedangkan kita dituntut untuk bersangka baik dengan setiap makhluk ALLAH S.W.T. Kamu juga mempunyai aib, masing-masing mempunyai keaiban diri masing-masing.Masing-masing ada zaman kegelapan "darkside" masing-masing yang orang lain tidak tahu.
    Akan tetapi ALLAH S.W.T masih tutup lagi keaiban itu, kegelapan itu daripada mata dan pengetahuan orang lain . Bagaimana kamu boleh bersangka buruk kepada orang lain ? Mereka juga bukan nabi, bukan rasul , bukan malaikat.

*Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari*

Semoga bermanfaat... : )

#fm

TEKANAN

ALLAH...stressnye dua tiga hari nie.. macam-macam nak pikir.. mmg banyak sangat dugaan bulan nie.. Keluarga, hubungan, kerja.. hurmm.. mmg btol, Allah masih sygkan kita sebb tu dapat ujian macam nie... semoga aku dapat hadapi nie semua dengan tenang.. Mungkin Allah rindu nak dengar hambanya meminta dan merintih padanya kan.. Istiqamah nie mmg susah.. memamg seksa sgt.. bnyk ujian, banyak halangan.. mmg kena sabar sangat-sangat kan... rase macam nak luahkan semua nya tapi takut mengaibkan.... be strong fatin.. Allah takkan menguji kalau hambanya x mampu kan... Memang dalam keadaan mcm nie Quran je boleh tenangkan hati.. Terimbas dosa-dosa lampau.. Semoga aku diberikan kekuatan dan ketabahan untuk harungi semua nie... Semoga aku dapat istiqamah selamanya.. Bukan senang nak berdiri kalau xde org yg menyokong.. tpi nak buat mcm mne demi diri sendiri kan.. hehe.. semoga aku boleh tetap tersenyum dlm dugaan nie... Masalah kan boleh jadikan kita lebih kuat di masa akan datang.. Bestnye kalau pa n syirah ade kat sisi masa2 cmnie.. Dpt la bahu nak menanngis.. Pa, atyn perlukan kekuatan mcm pa.. waaaaaaaa,,, sedihhhh...
atyn rindu pa , atyn rindu mak..

Semoga aku diberikan kekuatan dan kesabaran...

#fm

Thursday 14 July 2016

HIKMAH SAKIT



SAKIT ITU ADE HIKMAHNYA.. :)

1. SAKIT ITU ZIKRULLAH
    -Mereka yg diuji dgn sakit lebih sering menyebut nama ALLAH berbanding waktu sihatnya...

2. SAKIT ITU ISTIGHFAR
    - Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun..

3. SAKIT ITU MUHASABAH
    -Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi , menghitung bekal untuk kembali.

4. SAKIT ITU JIHAD
    - Orang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan..

5. SAKIT ITU ILMU.
   -Sakit akan membuatkan kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak sakit.

6. SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA
   -Sakit boleh mengingatkan kita tentang kematian, dan orang yang sakit akan mudah bertaubat.


Jadi sama-samalah kita muhasabah diri.. untuk renungan bersama...

#fm

WANITA


ISTIMEWANYA DIRIMU BERGELAR WANITA

-- Tidak berkurang kemuliaan kita sebagai perempuan hanya kerana kita tidak memiliki hal-hal yang pada umumnya dimiliki perempuan lain.

-- Aisyah tetap paling mulia meski tidak beranak, Mariam tetap penghuni syurga paling suci meski tanpa suami , Aisyah isteri firaun dibinakan istana di syurga untuknya..

-- Saat kita merasakan "aku mahu jadi seperti dia " , ada orang lain mengagumi ingin jadi seperti kita.

Bersyukurlah, alhamdulillah terimalah diri kita seadanya.. Sesungguhnya kita adalah makhluk paling istimewa yang Allah ciptakan..

KUN ANTA (be yourself)

#fm

Wednesday 13 July 2016

HAYATI LAH- AYAH..




Lirik Ayah – Aeman
Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Chorus
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Ulang Chorus
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Ulang Chorus
Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati....

YA ALLAH.. berilah kesihatan,kekuatan dan ketabahan kepada  insan yang bergelar AYAH..
Sesunggguhnya pengorbanan mereka amat besar, semoga kami tabah seperti ayah kami.. insya allah..
AMINN..

#fm



DOA


Kalau seorang bapa tak pernah lupakan doa untuk anaknya..  kita pon mesti boleh kan...  Hanya kita sebagai seorang anak je boleh jadi saham akhirat yg kekal selamanya utk mereka...  Semoga kita semua dibawah lindungan Allah S. W. T..

Janganla kita. lupakan diorang,  ingatlah pengorbanan diorang dulu.  permintaan kita semua ditunaikan.. Mereka x pernah mintk balasan pon,  jadilah anak yg baik untuk mereka,  ckuplah mengingati mereka,  mengingati pengorbanan mereka.. mendoakan mereka..  Jgn sembunyikan kasih syg kita pada mereka..  Jgn tambah kelukaan dihati mereka dgn perbuatan kita...  kesian  diorang...  Diorang x harapkan duit kita,  diorang cuma nak kita ade dgn diorang..  ade ketika diorang masih hidup..  x guna kita ade dengan. diorang untuk pasang batu nisan n siram. air atas kubur diorang.  Masa tu,  xde pape yg kita bleh buat,  nak mintk ampun?  nak sujud kaki?  semuanya dah terlambat..  Cuba bayangkan,  diorang meninggal. waktu tiada siapa  disisi,  ketika kita kejar urusan dunia,  kita kejar duit dari ibubapa kita..  menyesal tak kita mase tu????..  Kejarlah keberkatan dari ibubapa. kita,  selagi ada...  Keberkatan hidup tu   sangat penting buat kita..


Ya allah,  semoga perkara begitu tidak. terjadi kepada kami..    Lindungilah kluarga kami dari khilaf dunia..  aminnn...

#fm

Tuesday 12 July 2016

AYAH

Di malam yang sepi, kadang2 terlintas kata2 ayah..terbayang kata-kata seorang ayah sambil menitis air mata kerinduan.. wlaupun baru je beberapa hari bertemu.. tpi kerinduan tu sangat2 kuat.. semoga pa sihat2 selalu...

Antara pesanan nye kepada kami.. 

*Pa nak sangat berkomunikasi dengan cara korang.. supaya korang dapat kesempatan yg lebih dari pa.

*Pa nak korang lebih senang dari pa.. supaya korang dapat menghadapi semua kesulitan yang menghalang korang utk berjaya.

*Pa nak korang pandai berdikari, jgn bergantung pada sapa pon. Wlaupun pa teringin sgt nak ada kt sisi korang waktu korang susah.

*Pa selalu sedih bila tgok korang menjauh dari pa pastu kluar dengan kawan, tapi pa sedar yang zaman kanak-kanak korang dah berakhir..

*Kadang2 pa sengaja biarkan korang dalam kesusan, bukan bererti pa x pedulikan korang, tapi pa nak korang lebih kuat menghadapi kehidupan yg jauh lebih perit , wlaupun hati pa sentiasa risaukan keadaan korang...

*Walaupun kadang2 pa x setuju dengn apa yg korang nak, fahamilah korang lebih penting dari segalanya. mungkin ade yang tidak betol dengan keputusan korang tu. bukan sengaja pa x benarkan..

*Pa dah cuba yg terbaik utk mnjadi sahabat utk korang,wlaupun pa sedar tk kan jadi seperti yg korang harapkan...

*Kehidupan pa hampir berakhir, pa hanya nak tgok anak2 pa berjaya n ada percaya diri utk teruskan kehidupan.. pa x pernah lupa mendoakan kkorang, hanya nie yg pa dapat bantu.. 

*Kalau korang ingin memilih pasangan hidup, pilihlah yg lebih baik dari kami ... jadilah ibubapa yg lebih baik dari kami. didiklah mereka lebih baik dari kami.. sebb kami percayakan anak2 kami lebih dari orang lain...

*Ingatlah anak2 pa, pa xpernah lupa mendoakan kamu, pa xpernah lupakan kamu wlau seminit pon. mungkin zaman pa x sama dengan zaman kamu. wlaupun 1000 zaman berlalu sekalipun. kasih syg pa hanya pada ank2 pa dan kluarga pa... maafkan pa kalau pa ade salah silap dengan kamu..



Ya allah, aku tahu terlampau banyak pengorbanan seorang ayah.. tanpa ayah siapalah kami.. berilah kebahagiaan, keberkatan hidup dan kesihatan buat ayahku... ABDULLAH BIN MOHAMED... 

Insya allah pa, atyn akan ingat semua pesan pa.. xde sapa pon boleh gantikan pa.. atyn sayang pa sangat2... ; (  

DIRI KU

ASSALAMUALAIKUM..

aku nie budak baru je dlm blog2 nie.. klau ade pape kesilapan bgthu la yea.. huhu

Firstly aku  nak cerita tentangkluarga ku .. sesapa nak tahu, bacalah.. kalau x nak,xyah baca yea.. hehe..

ABDULLAH MOHAMED (AYAH)
- seorang ayah yg mmg x pernah kenal erti putus asa.. sangat2 tabah.. sanggup bersusah payah utk family..love him very much..

AZLINA BT IBRAHIM (MAK TIRI)
-alhamdulillah.. wlaupun hanya mak tiri, dye x pernah membezakan kami. syg kmi seperti ank sendiri. thanks umi, sanggup jadi pengganti mak.. love u damn much..

MOHAMED ZAKARIA B.ABDULLAH
-abang sulung, baik n sangup bantu adik-beradik. love u toooo...

FATIN MUNAWWARAH BT.ABDULLAH
- aku..lahh.. hehe.. mulut becok , suka kacau org, n suka dduk berjauhan dgn family.. baru rindu lebih.. huhu

FATIN IMAN INSYIRAH BT.ABDULLAH
- adik yg bongsu, paling manja.. tempat aku buat luahan hati.. sangat memahami.. tempat aku pinjam bahu nak menangis.. kih kih kih.. wlaupun kdg2 annoying... tetap syg ko gemokk.. huhu.. love u dear..


nie hanya pengenalan.. kalau nak kenal lebih.. nnti aku post ag yea.. nak siapkan order customer japp..

thanks pada yg sudi baca.. love u..muahxx

#fm#